Integrasi Woocommerce
Sync Jualan Anda Dari Website!
Anda boleh jual dari pelbagai channel dan menguruskan tempahan, inventori dan database pelanggan di BIZAPP. Sambungkan penjualan website anda menggunakan plugin BIZAPP for WOOCOMMERCE. Anda boleh menyambungkan lebih dari satu URL website. Akan tetapi semua jualan dari website ini akan dikira sebagai jualan HQ. Jika anda memiliki website agen untuk jualan secara affiliate, lihat Panduan Woocommerce (Affiliate).
Untuk menyambung website woocommerce, ikuti langkah-langkah berikut:
Tekan butang menu atas kiri
Skrol ke bawah dan tekan menu Integrasi
Tekan menu Woo Commerce
Pada hujung kod panjang huruf dan nombor, tekan ikon COPY
Buka WordPress dan tekan Plugins
Lakukan carian BIZAPP dan tekan butang ACTIVATE pada plugin BIZAPP for WooCommerce
Tekan tab BIZAPP di panel WordPress
Paste key yang di’copy’ dari BIZAPP tadi (no. 4)
Tekan butang Save
Tunggu sehingga notis hijau Setting Saved terpapar di atas
Tekan tab Product Sync di ruangan BIZAPP
Pastikan butang A di bahagian Auto Import adalah hijau dan ON untuk import produk dari BIZAPP ke website anda
Tandakan maklumat yang anda ingin import daripada produk-produk BIZAPP di bahagian B
Di bahagian C, pilih produk-produk dari BIZAPP yang anda ingin paparkan di Website. Jika anda ingin produk di BIZAPP dan website sync, pastikan SKU produk tersebut dikedua-dua platform adalah Sama
Tekan Save
Tunggu sehingga notis hijau Setting Saved terpapar di atas
Kembali ke Integrasi Woocommerce didalam BIZAPP, URL website anda akan terpapar di dalam kotak
Tandakan kenyataan A, B, C jika anda ingin aktifkan tetapan berkenaan
Tekan Kemaskini
Untuk dapatkan manual ini secara .pdf, tekan ikon PDF dibahagian bawah ruangan ini
Berikut adalah video tutorial bagi Integrasi Woocommerce
Last updated