# Harga Agen

Komisen harga agen adalah perbezaan antara harga jualan dan harga agen. Untuk memberi komisen harga agen, anda perlu menetapkan sesuatu harga mengikut kumpulan agen. Harga agen perlulah lebih rendah daripada harga jualan.

Harga agen ini boleh disertakan semasa memasukkan produk baru atau dikemaskini pada maklumat produk yang berkenaan. Rujuk bahagian Harga Agen I sehingga Harga Agen VI apabila hendak membuat penetapan harga agen mengikut kumpulan.

<div><figure><img src="/files/KfLQjatXh6aKmXdVYntY" alt=""><figcaption></figcaption></figure> <figure><img src="/files/HWjzpw75Ssy6vww18z4Q" alt=""><figcaption></figcaption></figure></div>

Belah kiri adalah screenshot apabila memasukkan produk baru. Belah kanan adalah screenshot apabila mengemaskini produk.

1. Tetapkan harga jualan produk
2. Tetapkan harga agen mengikut kumpulan masing-masing

<figure><img src="/files/rTQuTyeOORH13XFZvRWN" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

3. Jumlah bayaran yang diterima dari pelanggan adalah harga jualan dan harga kos penghantaran
4. Jumlah bayaran yang perlu dibayar kepada HQ/Stokis adalah harga agen dan harga kos penghantaran
5. Link bayaran dengan harga agen
6. Link bayaran dengan harga jualan

Terdapat dua (2) cara untuk agen/tim mendapatkan komisen ini:

* Komisen diambil terus oleh agen\
  Agen menerima pembayaran harga jualan dari pelanggan dan hanya membayar harga agen kepada HQ/Stokis
* Komisen perlu dibayar kepada agen mengikut kesesuaian HQ\
  Pembayaran harga jualan oleh agen (jika agen menerima pembayaran harga jualan dari pelanggan) atau pembayaran harga jualan terus oleh pelanggan (menggunakan link FPX untuk pelanggan)

Anda perlu menentukan SOP pembayaran mengikut cara pemberian komisen bagi harga agen.


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://bizapp.gitbook.io/tutorial/selamat-datang-hq-founder/modul-agen-team-sales/modul-komisen/harga-agen.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
