# Modul Jualan

Modul jualan menawarkan fungsi potongan harga seperti berikut:

1. Diskaun mengikut kuantiti pembelian (lagi banyak, dapat less) - Harga Borong
2. Diskaun sekiranya membeli dalam pakej (combine item, dapat special price) - Harga Bundle
3. Diskaun kaw-kaw potong terus (tak ikut off nilai atau peratus) - HappyHour
4. Diskaun potongan harga mengikut nilai (RM xyz) atau peratus (10%) - Kupon Diskaun

BIZAPP memiliki tiga chanel jualan dimana prioriti harga jualan berbeza bagi setiap chanel.

Di BIZAPP, bagi pembelian yang dibuat oleh tim jualan menerusi akaun ejen, hanya tiga fungsi jualan yang boleh digunakan:

* Borong
* Bundle
* Kupon Diskaun

Prioriti fungsi jualan bagi pembelian di BIZAPP adalah:

1. Bundle
2. Kupon + Borong

Sekiranya terdapat promosi bundle, hanya harga bundle diambil kira. Sebarang kupon dan harga diskaun mengikut kuantiti tidak dikira.&#x20;

Sekiranya tiada promosi bundle, diskaun kupon dikira bersama diskaun harga mengikut kuantiti.

Di BizappShop, prioriti fungsi jualan adalah:

1. HappyHour
2. Bundle
3. Kupon + Borong

Sekiranya terdapat promosi HappyHour, semua yang lain tidak diambil kira.&#x20;

Sekiranya terdapat promosi bundle, hanya harga bundle diambil kira. Sebarang kupon dan harga diskaun mengikut kuantiti tidak dikira.

Sekiranya tiada promosi HappyHour atau bundle, diskaun kupon dikira bersama diskaun harga mengikut kuantiti.

Di Bizappage, hanya fungsi HappyHour boleh digunakan. Tiada fungsi bundle, kupon diskaun dan diskaun mengikut kuantiti.


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://bizapp.gitbook.io/tutorial/selamat-datang-hq-founder/modul-jualan.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
