Kos COD-K

COD-K ialah kaedah penghantaran Cash on Delivery menggunakan kurier. Pelanggan akan membayar harga tempahan kepada pihak kurier setelah menerima bungkusan. Untuk masa ini, enam (6) kurier dengan integrasi BIZAPP menawarkan fungsi COD-K ini. Kurier tersebut adalah:

  1. DHL

  2. eFMX

  3. Flash Express

  4. J&T Express

  5. Pos Malaysia

  6. Ninjavan

Untuk menetapkan kos penghantaran bagi kaedah COD-K (COD oleh kurier), ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Tekan butang Menu

  2. Tekan Menu Kos Penghantaran

  3. Tekan Menu (tiga titik atas kanan)

  4. Tekan Menu Cipta Penghantaran

  1. Isi maklumat dengan lengkap [A] Nama Kos Penghantaran - kebiasaannya pengguna akan meletakkan nama kurier, kawasan, kaedah penghantaran dan berat [B] Berat Minima [C] Berat Maksima [D] Syarikat Kurier - pilih yang berkenaan

  2. Tekan butang OK

  3. Isi harga dan kos penghantaran - kebiasaannya pengguna akan meletakkan harga penghantaran lebih sedikit untuk memasukkan kos kira-kira lain [E] Harga Penghantaran - harga pada pelanggan dan agen jualan/team sales [F] Kos Penghantaran - kos sebenar yang diberi syarikat kurier

  4. Pilih siapa yang boleh menggunakan kos tersebut - pilih salah satu jika harga istimewa diberikan kepada mereka, pilih kedua-duanya jika kedua-duanya boleh menggunakan kos penghantaran berkenaan

  5. Tekan butang OK

  1. Tetapkan zon penghantaran bagi kos berkenaan. Zon ini akan disemak oleh sistem apabila agen jualan/team sales atau pelanggan membuat pilihan dengan alamat penghantaran yang mereka masukkan. Jika salah, sistem akan beri notifikasi untuk menukar kepada pilihan yang betul. Anda perlu pilih salah satu, dan boleh memilih lebih dari satu zon jika kos mereka adalah sama. Tekan butang OK

  2. Tetapkan kaedah penghantaran kepada POS COD OLEH KURIER. Sistem akan menyemak kos penghantaran dengan pilihan kaedah penghantaran yang betul. Jika salah, sistem akan beri notifikasi untuk menukar kepada pilihan yang betul. Anda juga boleh memilih lebih dari satu kaedah penghantaran jika kos mereka adalah sama. Tekan butang OK

  1. Masukkan keterangan kos penghantaran dan tekan butang OK

  2. Tetapkan status kos penghantaran. Jika kos penghantaran aktif, ia boleh dilihat dan digunakan oleh agen/team sales dan pelanggan anda semasa mereka membuat pesanan.

  1. Anda boleh lihat kos penghantaran tadi di ruangan ini. Gambar akan menunjukkan syarikat kurier kos penghantaran berkenaan. Nota ringkas seperti penggunaan kos penghantaran, zon kawasan dan kaedah penghantaran juga dapat dilihat.

Last updated