> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/selamat-datang-hq-founder/modul-asas-crm/auto-follow-up.md).

# Auto Follow-Up

Anda boleh menyusun pesanan untuk dihantar kepada pelanggan yang telah membeli produk anda. Ia akan dihantar secara automatik (anda hanya perlu tetapkannya sekali) pada masa yang anda tetapkan (tarikh/bila dan jam berapa).

Tetapan masa pesanan dihantar boleh disesuaikan mengikut jenis mesej - pesanan kepada pelanggan atau ucapan tahunan:

* Tarikh dinamik - hari keX selepas pembelian (bagi pesanan kepada pelanggan)
* Tarikh tetap - tarikh yang sama setiap tahun (bagi ucapan tahunan)

Anda juga boleh memilih kaedah penghantaran pesanan samada menggunakan:

* SMS (terhad 120 aksara, dihantar mengikut baki kredit SMS di BIZAPP)
* WhatsApp blast (dengan integrasi Wsapme dan boleh disertakan dengan gambar)

Bahagian ini akan menunjukkan panduan bagaimana untuk:

1. Menetapkan Auto Follow-Up Dinamik Wsapme&#x20;
2. Menetapkan Auto Follow-Up Dinamik SMS
3. Menetapkan Auto Follow-Up Tahunan Wsapme
4. Menetapkan Auto Follow-Up Tahunan SMS

Bagi sebarang pengumuman, pemberitahuan promosi atau acara baru, anda disarankan untuk menggunakan fungsi Blast Notifikasi kerana fungsi ini lebih bersesuaian kepada pemakluman semasa. Lihat fungsi [Blast Notifikasi](/tutorial/selamat-datang-hq-founder/modul-asas-crm/blast-notifikasi.md) untuk panduan lanjut.
