> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/selamat-datang-hq-founder/panduan-asas-mula/modul-produk/produk-baru.md).

# Produk Baru

Anda boleh memasukkan produk baru satu per-satu atau secara bulk (banyak).

Untuk memasukkan produk baru satu per satu, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Tekan butang Menu
2. Tekan Menu Produk
3. Tekan Produk Anda

4. Tekan Menu (tiga titik atas kanan)
5. Tekan Menu Tambah Produk
6. Popup keluar, masukkan SKU PRODUK (*Stock Keeping Unit* ini adalah kod pada produk anda)
7. Tekan butang OK

8. Masukan maklumat produk\
\[A] Nama produk\
\[B] Tekan untuk pilih kategori produk\
\[C] Jenama produk\
\[D] Berat produk (pastikan ini adalah timbangan berat akhir setelah produk dibungkus)
9. Tekan butang OK
10. Tetapkan harga dan kos produk\
\[E] Harga jualan (harga ini adalah harga untuk pelanggan)\
\[F] Kos produk (ini adalah kos sebenar produk tersebut)
11. Tekan butang OK

12. Tetapkan harga agen dan minimum unit pembelian produk tersebut bagi kumpulan agen 1-3\
\[G] Harga agen kumpulan 1-3\
\[H] Minimum unit pembelian bagi agen kumpulan 1-3
13. Jika tiada, kosongkan. Tekan butang OK
14. Tetapkan harga agen dan minimum unit pembelian produk tersebut bagi kumpulan agen 4-6\
\[I] Harga agen kumpulan 4-6\
\[J] Minimum unit pembelian bagi agen kumpulan 4-6
15. Jika tiada, kosongkan. Tekan butang OK

16. Masukkan keterangan produk dan tekan butang OK
17. Masukkan butiran emel kepada pelanggan apabila mereka membeli produk tersebut dan tekan butang OK

18. Tetapkan jenis stok\
\- Stok tersedia - unit berbaki tidak akan terpapar\
\- Stok terhad - anda boleh tetapkan jumlah stok dan minimum stok untuk sistem beri notifikasi stok berkurang
19. Untuk stok terhad, anda boleh tetapkan unit stok minimum untuk sistem berikan notifikasi *low stock*.
20. Tekan butang OK
21. Tetapkan prioriti stok mengikut kumpulan agen dan tekan butang OK

22. Tetapkan status produk. Jika produk aktif, produk ini boleh dilihat dan dibuat tempahan oleh agen/team sales dan pelanggan anda
23. Masukkan gambar produk. Ini adalah produk utama
24. Pastikan ikon tick terpapar sebagai tanda gambar produk telah diterima
25. Masukkan tiga gambar sampingan produk. Tekan butang OK

26. Pilih koleksi produk jika ada. Tekan butang OK
27. Pilih menu bersesuaian untuk aktiviti seterusnya\
\[M] Duplikasi produk

Sistem akan merekod maklumat produk tadi dari SKU sehingga status aktif dan anda akan dibawa ke bahagian produk untuk mengemaskini produk kedua ini. Anda perlu mengubah SKU dan nama produk ini untuk disimpan sebagai produk baru.\

\[N] Kemaskini produk\
Sistem akan membawa anda ke bahagian produk ini untuk dikemaskini maklumat.\

\[O] Senarai produk\
Sistem akan membawa anda ke bahagian produk anda.