# Modul Laporan

Anda boleh muat turun laporan produk, agen, jualan anda yang telah direkodkan dari awal penggunaan BIZAPP sehingga sekarang. Pengguna akaun Ultimate dapat memuat turun semua jenis laporan. Sekiranya langganan tamat, anda perlu melanggan kembali pakej Ultimate sekiranya anda ingin muat turun mana-mana laporan.

Bahagian laporan terbahagi kepada beberapa bahagian. Secara umum terdapat laporan DATA dan laporan STATISTIK. Laporan Data mengandungi maklumat lengkap manakala laporan statistik hanya memaparkan *numbers* pada jenis laporan yang di muat turun. Semua laporan adalah dalam format Excel (.xs) .

Jenis Laporan adalah seperti berikut:

* Data Produk - Senarai Produk semasa termasuk produk yang telah dipadamkan (bewarna merah) beserta maklumat produk berkenaan (lihat [sini](/tutorial/selamat-datang-hq-founder/modul-laporan/data-produk.md))
* Data Inventori - Laporan berkenaan inventori produk
  * Inventori I - Rekod keluar masuk inventori  beserta catatan mengikut tarikh dan produk yang diinginkan
  * Inventori II - Rekod baki akhir pada tarikh yang dipilih
* Data Jualan - Laporan berkenaan jualan produk anda dan agen anda
  * Jualan I - Rekod lengkap jualan mengikut kriteria yang dipilih termasuk perbezaan harga, kiraan untung kasar dan macam-macam lagi
  * Jualan II - Rekod jualan ringkas menunjukkan beberapa maklumat penting seperti Harga Jualan dan Harga Kos
  * Jualan Harian - Rekod jualan harian dalam matawang yang digunakan dengan pecahan mengikut kaedah pembayaran beserta kos penghantaran


---

# Agent Instructions: Querying This Documentation

If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://bizapp.gitbook.io/tutorial/selamat-datang-hq-founder/modul-laporan.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
