Sambung Akaun Bizappay
Jika anda telahpun mendaftar akaun Bizappay, anda boleh sambungkan akaun Bizappay anda dengan pelbagai akaun BIZAPP (lebih dari satu). Setiap akaun BIZAPP akan direkodkan sebagai satu kategori baru.
Untuk menyambung akaun Bizappay anda dengan akaun BIZAPP anda, ikuti langkah-langkah berikut:
Log masuk ke akaun Bizappay dan tekan bahagian Setting
Skrol ke bahagian API Key
Tekan ikon salin
Log masuk ke akaun Bizapp dan tekan butang Bizappay
Tekan butang Sambungkan Akaun Bizappay
Tampal API Key yang disalin dari Bizappay tadi
Pastikan API Key adalah tepat dan tekan butang OK
Tekan butang OK
Anda dapat lihat akaun Bizappay anda bersambung
Status terkini sambungan Bizappay juga dapat dilihat di Dashboard Utama BIZAPP
Last updated