> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/selamat-datang-hq-founder/panduan-asas-mula/modul-produk/kemaskini-produk/kemaskini-produk-mengikut-jadual.md).

# Kemaskini Produk Mengikut Jadual

Anda boleh kemaskini produk dan mengaktifkan maklumat baru ini mengikut jadual.

Untuk mengemaskini produk mengikut jadual, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Tekan butang Menu
2. Tekan Menu Produk
3. Tekan Produk Anda

4. Tekan Menu (tiga titik atas kanan)
5. Tekan Menu Tambah/Kemaskini Produk (Bulk)
6. Tekan Menu Muat Turun Template Data Produk

7. Tetapkan kriteria produk yang ingin dikemaskini\
\[A] Kategori Produk\
Pilih kategori tertentu atau SEMUA PRODUK\
\[B] Koleksi Produk\
Pilih koleksi tertentu atau SEMUA KOLEKSI\
\[C] Status Produk\
Pilih status tertentu atau SEMUA
8. Pilih produk tertentu di senarai \[E] atau tekan PILIH SEMUA dengan menekan \[D]

9. Tekan butang Menu tiga titik atas kanan dan tekan menu Muat Turun atau skrol ke bawah sehingga anda jumpai butang Muat Turun. \

Anda perlu membuka file template yang dimuat turun kedalam folder Download anda. Format file adalah dalam bentuk .csv, anda boleh buka menggunakan Excel ataupun software yang mempunyai fungsi yang sama
10. Tekan butang OK

11. Untuk memastikan anda mengisi template dengan betul, klik dua kali pada petak berkenaan. Keterangan cara mengisi kolum akan dipaparkan. Isi template dengan maklumat produk baru mengikut keterangan yang diberikan. Pastikan anda menyemak sebelum menyimpan (SAVE) data berkenaan.
12. Column AA-AD ialah column URL gambar untuk dipaparkan pada setiap produk anda. Anda boleh masukkan URL gambar produk anda yang anda telah muat naik dimana-mana sumber terbuka. Anda tidak boleh menggunakan aplikasi tertutup seperti Google Drive.

13. Kembali ke bahagian Menu Tambah/Kemaskini Produk (Bulk) dan tekan menu Muat Naik Data Template
14. Tekan butang Upload File dan pilih file yang telah disimpan tadi
15. Pastikan butiran file adalah betul
16. Ubah tetapan Waktu Perlaksanaan kepada MENGIKUT JADUAL
17. Tetapkan tarikh dan masa perubahan produk ini akan dilihat di dalam sistem
18. Tekan butang Muat Naik Data Produk

19. Pop-up menunjukkan bilangan data yang dimasukkan akan dipaparkan. Lihat pada bilangan rekod baru, pastikan jumlah adalah sama dan tekan butang OK.\
Jika terdapat ERROR, betulkan kesilapan anda pada file, simpan file yang baru dan muat naik kembali. Tunggu sehingga produk anda berjaya dimasukkan
20. Pop-up pengesahan jadual kemaskini produk dapat dilihat. Tekan butang OK