> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/selamat-datang-hq-founder/panduan-asas-mula/lupa-kata-laluan.md).

# Lupa Kata Laluan

Anda boleh mendapatkan link untuk reset kata laluan anda. Sistem akan menghantar maklumat ID anda beserta link untuk reset kata laluan. Jika anda mendaftarkan lebih dari satu ID Pengguna dengan emel yang sama, setiap ID Pengguna akan diberikan emel yang berbeza.

Untuk log masuk ke akaun BIZAPP, ikuti langkah-langkah berikut:

<figure><img src="/files/5kn916Cz5pjXXTVSimJW" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

1. Layari [www.bizapp.my](http://www.bizapp.my)
2. Pastikan Domain tertera ialah BIZAPP
3. Tekan butang Log Masuk

<figure><img src="/files/he8c2Px4uplgGfzcUNwq" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

4. Pastikan Domain ialah betul
5. Tekan butang Lupa Katalaluan?

<figure><img src="/files/3ylJcsKO1T4UgFTnHouO" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

6. Masukkan ID atau Emel yang digunakan semasa mendaftar
7. Tekan butang OK

<figure><img src="/files/bC7sY30rfOAkAFGNHngf" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

8. Semak emel yang berkenaan dan tekan butang OK

<figure><img src="/files/sQBISMXCmA4ouivvYcRH" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

9. Jika anda tidak menjumpai emel di bahagian Inbox, semak di Spam
10. Kenalpasti emel untuk reset kata laluan dengan ID yang berkenaan dan buka emel tersebut

<figure><img src="/files/UpLn6pDvZWEyKn2XjH60" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

11. Tekan URL untuk menukar kata laluan

<figure><img src="/files/dNH89jjwwF8ZV1kTlZXG" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

12. Pilih kata laluan yang baru
13. Ulang taip kata laluan yang baru
14. Tekan butang Kemaskini Katalaluan
15. Sila lakukan perubahan sebelum tempoh masa yang ditetapkan disini. Jika gagal, anda perlu memohon reset sekali lagi

<figure><img src="/files/108ltmPkJYT0ZDKURWoN" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

16. Anda boleh kembali ke website BIZAPP dengan menekan butang ini
