Komisen Pass-Up
Last updated
Last updated
Komisen Pass-Up adalah komisen tambahan yang boleh diberikan kepada agen anda mengikut susur galur penajaan mereka. Susur galur ini perlu ditetapkan dengan mengisi penaja ID yang bertepatan. Semua agen perlu mengikuti ID HQ/Stokis untuk mereka dikira didalam susur galur HQ/Stokis berkenaan.
Sehingga Mac 2024, BIZAPP hanya mengira enam (6) generasi susur galur. Semua yang ditaja oleh HQ/Stokis akan dikira sebagai L1 HQ/Stokis berkenaan. Agen yang ditaja oleh mereka yang ditaja oleh HQ/Stokis akan dikira sebagai L2 HQ/Stokis berkenaan dan L1 kepada agen yang ditaja. Contohnya dilihat dibawah bagi WOWSKIN.
Akaun BIZAPP yang ditaja terus oleh HQ/Stokis ini ialah KIMI SDN BHD dengan ID Pengguna KIMI. KIMI menaja semua di L2 iaiatu AHMADMASLAN, HASNOLKK, NAJMIKIMI, PLPL, POPO777777, POPO8888, POPO888881 dan TESTJJ.
Hanya NAJMIKIMI menaja agen lain iaitu SITIKASSIM di L3. SITIKASSIM menaja MAMATSINGAPORE, MAMATSINGAPORE menaja ZAZAT, ZAZAT menaja ZOZOT dan ZOZOT menaja ZOZOT2. Sekiranya ZOZOT2 menaja, ianya dikira L7 dan tidak dapat dilihat oleh WOWSKIN sebagai ID HQ. Tetapi, L1 KIMI boleh melihat agen yang ditaja oleh ZOZOT2 sebagai L6 KIMI.
Bahagian ini akan menunjukkan modul dan fungsi berkenaan Komisen Pass-Up seperti:
Penentuan penaja ID (siapa di atas untuk menerima komisen)
Tetapan Komisen Pass-Up
Genealogy (susur galur)
Dashboard Komisen Pass-Up
Tiga (3) Kaedah Bayar Komisen Pass-Up
Bayar Komisen Pass-Up Manual
Bayar Komisen Pass-Up eWallet
Bayar Komisen Pass-Up Bizappay
Tolak Komisen Pass-Up