> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/selamat-datang-hq-founder/modul-agen-team-sales/modul-komisen.md).

# Modul Komisen

Terdapat tujuh (7) komisen yang anda boleh berikan kepada agen/tim anda. Tujuh komisen ini adalah:

1. Harga agen (6 kumpulan harga berbeza)
2. Komisen COD-K (komisen sama seperti harga agen tetapi perlu dipohon oleh agen/tim dan diluluskan selepas tempahan berjaya)
3. Bonus Prestasi (perlu dipohon oleh agen/tim dan diluluskan pada bulan berikutnya)
4. Komisen Pass-Up (perlu dipohon oleh agen/tim dan diluluskan)
5. Diskaun mengikut kuantiti (Fungsi Jualan Produk)
6. Harga Bundle (Fungsi Jualan Produk)
7. Kupon Diskaun (Fungsi Jualan Produk)

Untuk komisen 5-7, ia dapat dinikmati agen/tim dari perbezaan harga promosi mengikut [fungsi jualan](broken://pages/eHRFgO9zAIeVkYPHzaNm) produk (harga selepas diberi [diskaun mengikut kuantiti](/tutorial/selamat-datang-hq-founder/modul-jualan/harga-borong.md), [harga bundle](/tutorial/selamat-datang-hq-founder/modul-jualan/harga-bundle.md) baru & harga setelah [kupon diskaun](/tutorial/selamat-datang-hq-founder/modul-jualan/kupon-diskaun.md)) dan harga agen.

Bahagian ini akan menunjukkan tetapan beserta fungsi HQ pada empat (4) modul komisen iaitu:

* Harga agen (7 harga berbeza)
* Komisen COD-K (komisen harga tapi perlu dipohon oleh agen/tim dan diluluskan selepas tempahan berjaya)
* Bonus Prestasi (perlu dipohon oleh agen/tim dan diluluskan pada bulan berikutnya)
* Komisen Pass-Up (perlu dipohon oleh agen/tim dan diluluskan)
