> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/selamat-datang-hq-founder/panduan-asas-mula/dashboard/menu.md).

# Menu

Anda boleh akses semua menu modul dan fungsi BIZAPP di BIZAPP Web. Untuk melihat menu yang ada tekan butang tiga (3) baris pada bucu disebelah atas kiri Dashboard \[Bulatan A].

Dashboard

Senarai menu adalah seperti berikut:

Menu 1

A.  \[Tempahan Baru] : Hantar tempahan baru kepada akaun HQ atau akaun sendiri

B.  \[Invois Sebutharga] : Sediakan invois atau sebut harga untuk pelanggan akaun anda sahaja

C.  \[Rekod Tempahan] : Senarai semua tempahan yang telah diproses oleh akaun HQ atau akaun sendiri

D.  \[Status Parcel & Notifikasi] : Dapatkan status berperingkat kurier-kurier terpilih. Ruang ketetapan penghantaran notifikasi status terkini kepada pelanggan

E. \[Komisen Pass-Up]: Modul Komisen Pass-Up untuk berikan imbuhan pada setiap level agen sehingga enam (6) lapisan. Boleh lihat Gaenology (struktur pokok), jumlah komisen, mohon pembayaran komisen dan proses permohonan komisen pass-up.

F. \[Bonus Prestasi]: Modul Bonus Prestasi untuk berikan imbuhan pada setiap pencapaian jualan mengikut kumpulan agen. Boleh tetapkan bonus, lihat bonus, mohon pembayaran bonus dan proses permohonan bonus prestasu.

G. \[Komisen COD-K] : Modul COD-K untuk lihat jumlah jumlah komisen COD-K, mohon pembayaran komisen COD-K dan proses permohonan komisen COD-K.

Menu 2

H. \[Produk] : Senarai produk mengikut akaun sendiri dan akaun HQ.

I. \[Koleksi Produk] : Senarai kategori produk untuk memudahkan pencarian produk. Cipta kategori produk disini.

J. \[Label Tempahan] : Senarai label yang boleh diletakkan kepada tempahan mengikut kategori yang diinginkan. Cipta label tempahan disini.

K. \[Kos Penghantaran] : Senarai kos penghantaran untuk kira-kira perkhidmatan kurier. Cipta kos penghantaran disini.

L. \[Kupon Diskaun] : Senarai kupon diskaun. Cipta kupon diskaun disini.

M. \[Inventori] : Senarai keluar masuk inventori produk beserta nota.

N. \[HQ/Stokis/Agen/Staf] : Senarai HQ/Stokis, Agen/Dropship dan Staf. Cipta Agen & Staf disini.

Menu 3

O. \[Bizappage] : Senarai sell page. Cipta sell page disini.

P. \[MiniShop] : Bahagian MiniShop beserta ketetapan. Aktifkan atau ubah suai konfigurasi MiniShop disini.

Q. \[Happyhour @MiniShop] : Senarai promosi Happyhour di MiniShop. Cipta promosi Happyhour disini.

R. \[Kredit SMS] : Senarai kredit SMS. Kredit SMS boleh digunakan untuk penghantaran blast notifikasi dan penghantaran no. tracking pelanggan menggunakan SMS. Kredit SMS boleh dibeli disini.

S. \[Bizappay e-Wallet] : Modul e-Wallet menggunakan akaun Bizappay. Anda boleh tambah kredit, pindah kredit dan withdraw kredit ke tunai dalam mana-mana akaun bank.

Menu 4

T. \[Blast Notifikasi] : Menu blast notifikasi kepada agen, pelanggan sendiri, pelanggan agen serta prospek yang diterima dari link Multi WhatsApp.

U. \[Auto Followup] : Senarai Auto Follow-Up. Cipta Auto Follow-Up disini.

V. \[Link Multi WhatsApp] : Senarai Link Multi WhatsApp. Cipta Link Multi WhatsAppp disini.

W. \[Leads] : Senarai leads dari Link Multi-WhatsApp mengikut nombor telefon penerima.

X. \[Direktori/Fail] : Senarai Direktori dan Fail

Y. \[Muat Turun Laporan] : Menu pilihan jenis-jenis laporan yang boleh dimuat turun. Data ialah laporan terperinci. Statistik ialah laporan ringkas.

Z. \[Bulk Upload/Download] : Masukkan data jualan dari chanel-chanel lain atau data-data lama untuk rekod database di BIZAPP.

I. \[Integrasi] : Menu integrasi untuk pergi ke bahagian-bahagian integrasi bukan kurier seperti Wsapme, Woo Commerce, Shopee & TikTok. Integrasi tambahan termasuk Webhook.

II. \[Profil & Tetapan] : Menu untuk maklumat peribadi, bank, integrasi pembayaran Bizappay serta tetapan-tetapan sistem seperti tetapan kurier, agen dan pembayaran.

III. \[Upgrade Pakej] : Tekan disini untuk naik taraf pakej anda.

IV. \[Panduan Pengguna] : Dapatkan panduan pengguna bertulis disini.

V. \[Tuturan Video] : Senarai video-video bagi membantu anda menggunakan BIZAPP.

VI. \[Affiliate] : Menu affiliate pengguna BIZAPP untuk dapatkan ganjaran tiap kali kenalan anda melanggan Ultimate melalui link anda.

VII. \[Bizapp Store] : Dapatkan cenderamata BIZAPP disini.

VIII. \[Akaun Bizapp] : Anda boleh menukar antara akaun dengan butang ini. Setiap BIZAPP versi web hanya boleh memegang 5 unit akaun. Ingat, setiap akaun hanya boleh dibuka dari satu jenis peranti (satu versi web di laptop dan satu app di telefon atau tablet).

VIIII. \[Log Keluar] : Keluar dari akaun BIZAPP anda dengan menekan butang ini.