Kupon Diskaun

Anda boleh menawarkan kupon kepada pelanggan dan tim jualan pada produk-produk yang anda pilih. Kupon tersebut anda boleh tetapkan had bilangan kupon (jumlah kupon) serta had kupon per pengguna (bilangan kupon boleh ditebus oleh setiap individu).

Untuk mencipta kupon diskaun, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Tekan butang Menu

  2. Tekan Menu Kupon Diskaun

  3. Tekan butang tiga titik Menu Kupon Diskaun

  4. Tekan Menu Cipta Kupon Diskaun

  1. Lengkapkan maklumat kupon [A] Kod Kupon - kod yang akan diisi oleh pelanggan atau tim jualan untuk mendapatkan diskaun [B] Keterangan Kupon - maklumat berkenaan kupon berkenaan

  2. Tetapkan jenis kupon, kadar diskaun dan tarikh tamat. Kupon boleh digunakan jika ianya aktif dan hanya akan tamat (tidak aktif) selepas tarikh tamat yang telah ditetapkan [C] Pilih jenis potongan - Peratus (%) atau Nilai (RM) [D] Masukkan amaun potongan [E] Pilih tarikh tamat kupon

  3. Tetapkan had kupon secara keseluruhan dan pada setiap pelanggan atau tim jualan [F] Had Kupon - bilangan keseluruhan kupon [G] Had Pengguna - bilangan terhad per pembelian atau tim jualan

  4. Pilih siapa yang dapat menikmati kupon diskaun ini

  1. Pilih produk yang berkenaan

  2. Anda perlu tick produk-produk yang akan mendapat diskaun ini

  3. Tekan butang tiga titik Menu Cipta Diskaun Kupon

  4. Tekan Menu Simpan Kupon Diskaun

  1. Tekan butang OK

  2. Anda boleh lihat kupon ini pada senarai kupon

  3. Tanda AKTIF menunjukkan kupon boleh digunakan

  4. Tabda TIDAK AKTIF menunjukan kupon tidak boleh digunakan

Last updated