Rekod Jualan & Tempahan

HQ boleh menyimpan data jualan dan tempahan dari akaun utama atau akaun Staf yang diberikan had capaian tempahan baru.

Anda boleh merekod jualan langsung secara Point of Sale (P.O.S) menggunakan Bizappos dan tempahan menggunakan BIZAPP.

Perbezaan utama data direkod secara jualan atau tempahan ialah status data tersebut. Jika data tersebut tidak perlu diproses (item di ambil oleh pelanggan/di pos menggunakan kurier dan sebagainya), ia dikira data jualan dan direkod menggunakan P.O.S.

Jika data tersebut perlu diproses (item perlu di pos atau di ambil), ia dikira data tempahan dan direkod sebagai T/B (Tempahan Baru).

Bahagian ini akan menunjukkan kaedah merekod jualan dan tempahan terbahagi kepada dua.

Bahagian 1 - Jualan Langsung:

  1. Rekod jualan langsung (butang P.O.S)

  2. Rekod jualan langsung (aplikasi Bizappos)

  3. Simpan jualan langsung (parked sale)

Bahagian 2 - Tempahan:

  1. Rekod tempahan (pelanggan bayar di sistem menggunakan Bizappay)

  2. Rekod tempahan (pembayaran diluar sistem)

  3. Rekod tempahan (pembayaran kemudian)

Last updated