> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/selamat-datang-hq-founder/modul-laporan/data-inventori/data-inventori-i-keluar-masuk-inventori.md).

# Data Inventori I - Keluar Masuk Inventori

Anda boleh melihat rekod keluar masuk inventori stok mengikut tarikh dan produk yang dipilih. Maklumat keluar masuk inventori termasuk:

* Tarikh aktiviti berkaitan inventori (tambah, tolak)
* Nama Produk
* Jenis transaksi (kemasukan stok kerana stok baru atau pembatalan tempahan, pengeluaran stok kerana jualan, penolakan bersebab)
* Unit masuk dan/atau keluar
* Baki akhir/semasa unit mengikut tarikh
* Staf/ID yang mengubah inventori
* Nota perubahan inventori

Laporan dokumen keluar masuk inventori ini disimpan di bahagian rekod laporan (MYLAPORAN) sehingga 50 rekod laporan terkini. Sekiranya laporan yang dikeluarkan bertambah, anda perlu mengulangi langkah sekiranya anda ingin muat turun laporan ini lagi.

Untuk lihat rekod keluar masuk inventori, ikuti langkah-langkah dibawah:

<div><figure><img src="/files/u349d7aEEoY8JtvvlTz2" alt=""><figcaption></figcaption></figure> <figure><img src="/files/iZuTd9CLrJsDU2CubAwT" alt=""><figcaption></figcaption></figure></div>

1. Tekan butang menu atas kiri
2. Skrol ke bawah dan tekan menu Muat Turun Laporan
3. Pilih Data Inventori
4. Tekan menu Data Inventori I

<div><figure><img src="/files/UJgw0bCj6xQ0XADznW9Z" alt=""><figcaption></figcaption></figure> <figure><img src="/files/YHtpxJr00wcLEVEVLzdK" alt=""><figcaption></figcaption></figure></div>

5. Pilih tarikh&#x20;
6. Pilih produk berkenaan
7. Tekan butang tiga titik atas kanan Menu
8. Tekan Menu Muat Turun

<div><figure><img src="/files/PxPbIdwCipQ3FlSSjjOk" alt=""><figcaption></figcaption></figure> <figure><img src="/files/NB0fzxyvy3tLIOWFF1f8" alt=""><figcaption></figcaption></figure></div>

9. Tekan butang MYLAPORAN
10. Tekan ikon muat turun pada laporan yang berkenaan

<figure><img src="/files/8rtOy0HoBIGGq6OLsj0T" alt=""><figcaption></figcaption></figure>

11. [<br>](https://www.bizapp.com.my/wp-content/uploads/2023/07/5.-Integrasi-BIZAPP_Wsapme-4.jpg)Jenis laporan dapat dilihat disini. Tanda hijau pada baki mula, kuning pada kemasukan manual dan merah pada pengeluaran manual menggunakan bulk upload atau secara manual dalam sistem. Putih adalah pada jualan yang dapat dilihat samada jenis jualan pangsung (P.O.S) atau tempahan.
