Harga Borong

Anda boleh memberikan diskaun mengikut kuantiti bilangan yang dibeli seperti harga borong. Diskaun mengikut kuantiti perlu ditetapkan pada setiap produk secara satu per satu.

Untuk menetapkan diskaun mengikut kuantiti, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Tekan butang Menu

  2. Tekan Menu Produk

  3. Tekan Produk Anda

  1. Produk yang memiliki diskaun pada pembelian borong boleh dilihat dengan ikon hijau % ini

  2. Tekan pada produk yang ingin ditetapkan diskaun mengikut kuantiti pembelian

  1. Tekan butang tiga titik Menu Produk

  2. Tekan Menu Set Diskaun Mengikut Kuantiti

  3. Anda dapat lihat maklumat harga produk tersebut di bahagian ini

  4. Tekan butang tiga titik Menu Diskaun Mengikut Kuantiti

  5. Tekan Menu Cipta Jumlah Diskaun Baru

  1. Lengkapkan maklumat yang diminta [A] Minimum unit pembelian untuk diskaun [B] Maksimum unit pembelian untuk diskaun [C] Potongan harga (RM) pada setiap unit pembelian

  2. Pilih siapa yang dapat menikmati diskaun ini

  1. Tekan butang tiga titik Menu

  2. Tekan Menu Simpan Harga Diskaun

  3. Tekan butang OK

  1. Anda dapat lihat tetapan harga diskaun bagi produk tersebut. Harga diskaun ini boleh dinikmati oleh tim jualan kumpulan 1 & 2 (harga agen) dan pelanggan (harga jualan)

  2. Tanda aktif menunjukkan diskaun ini akan diberikan pada pembelian mengikut kuantiti yang telah ditetapkan

  3. Anda boleh lihat ikon hijau % pada produk berkenaan menunjukkan terdapat tetapan potongan diskaun mengikut kuantiti pembelian

Last updated