> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/selamat-datang-hq-founder/modul-kurier/tetapan-penghantaran/kos-penghantaran/kos-self-collect-cod.md).

# Kos Self Collect/COD

*Self Collect* atau *COD/Self Collect* adalah pilihan penghantaran untuk tempahan yang dihantar kepada pelanggan secara manual (in-house/e-hailing) atau bungkusan yang diambil oleh pelanggan.&#x20;

Pembayaran tempahan bagi kaedah penghantaran jenis ini boleh dibuat terlebih dahulu semasa menghantar tempahan atau boleh dibayar semasa bungkusan diterima oleh pelanggan (COD).&#x20;

Kos penghantaran kaedah penghantaran COD/Self Collect boleh disesuaikan dengan berat atau jarak mengikut SOP yang ditetapkan oleh HQ/Stokis. Jika tiada kos tetap, anda boleh gunakan kaedah Kos Terbuka.

Untuk menetapkan kos penghantaran bagi kaedah *Self Collect* atau *COD/Self Collect* oleh kurier, ikuti langkah-langkah berikut:

<div><figure><img src="/files/hFNO3XaJom6mkBPytEJP" alt=""><figcaption></figcaption></figure> <figure><img src="/files/0qXPj3AgzJw73gEmK6YF" alt=""><figcaption></figcaption></figure></div>

1. Tekan butang Menu&#x20;
2. Tekan Menu Kos Penghantaran
3. Tekan Menu (tiga titik atas kanan)
4. Tekan Menu Cipta Penghantaran

<div><figure><img src="/files/6WCRxn0E5r4HFBREwBl1" alt=""><figcaption></figcaption></figure> <figure><img src="/files/1FPKXHxyA3Gv2tY5AxYV" alt=""><figcaption></figcaption></figure></div>

5. Isi maklumat dengan lengkap\
   \[A] Nama Kos Penghantaran - kebiasaannya pengguna akan meletakkan nama kurier, kawasan, kaedah penghantaran dan berat\
   \[B] Berat Minima\
   \[C] Berat Maksima\
   \[D] Syarikat Kurier - pilih yang berkenaan
6. Tekan butang OK
7. Isi harga dan kos penghantaran - kebiasaannya pengguna akan meletakkan harga penghantaran lebih sedikit untuk memasukkan kos kira-kira lain\
   \[E] Harga Penghantaran - harga pada pelanggan dan agen jualan/team sales\
   \[F] Kos Penghantaran - kos sebenar yang diberi syarikat kurier
8. Pilih siapa yang boleh menggunakan kos tersebut - pilih salah satu jika harga istimewa diberikan kepada mereka, pilih kedua-duanya jika kedua-duanya boleh menggunakan kos penghantaran berkenaan
9. Tekan butang OK

<div><figure><img src="/files/yNn9nJhM7Xlxr26QRy2O" alt=""><figcaption></figcaption></figure> <figure><img src="/files/C52H1kkoLSymYNGipnwF" alt=""><figcaption></figcaption></figure></div>

10. Tetapkan zon penghantaran bagi kos berkenaan. Zon ini akan disemak oleh sistem apabila agen jualan/team sales atau pelanggan membuat pilihan dengan alamat penghantaran yang mereka masukkan. Jika salah, sistem akan beri notifikasi untuk menukar  kepada pilihan yang betul. Anda perlu pilih salah satu, dan boleh memilih lebih dari satu zon jika kos mereka adalah sama. Tekan butang OK
11. Tetapkan kaedah penghantaran kepada POS.\
    \
    Sistem akan menyemak kos penghantaran dengan  pilihan kaedah penghantaran  yang betul. Jika salah, sistem akan beri notifikasi untuk menukar kepada pilihan yang betul. Anda juga boleh memilih lebih dari satu kaedah penghantaran jika kos mereka adalah sama. Tekan butang OK

<div><figure><img src="/files/gw5GSWTe0B45v0gl1gcH" alt=""><figcaption></figcaption></figure> <figure><img src="/files/mXuqUrWiF2ggusHgg3rh" alt=""><figcaption></figcaption></figure></div>

12. Masukkan keterangan kos penghantaran dan tekan butang OK
13. Tetapkan status kos penghantaran. Jika kos penghantaran aktif, ia boleh dilihat dan digunakan oleh agen/team sales dan pelanggan anda semasa mereka membuat pesanan.
14. Anda boleh lihat kos penghantaran tadi di ruangan ini. Gambar akan menunjukkan syarikat kurier kos penghantaran berkenaan. Nota ringkas seperti penggunaan kos penghantaran, zon kawasan dan kaedah penghantaran juga dapat dilihat.

<figure><img src="/files/weNlvR7AVEYALPzbhbvh" alt=""><figcaption></figcaption></figure>
