Integrasi DHL
Jika anda belum mempunyai akaun bersama DHL, hubungi mereka di ci-ecomteam.my@dhl.com . Emel anda boleh mengandungi maklumat seperti berikut:
Subjek: Daftar Akaun DHL bagi Pengguna BIZAPP
Isi: Nyatakan nama anda atau nama syarikat, nombor telefon yang boleh dihubungi dan hasrat anda untuk membuka akaun DHL bagi tujuan penghantaran bungkusan. Sertakan maklumat penting seperti kawasan/alamat anda, bilangan bungkusan setahun dan samada anda memerlukan perkhidmatan tambahan seperti COD.
Wakil DHL akan menghubungi anda dan berikan maklumat yang anda perlukan. Untuk menyambung akaun DHL anda dengan BIZAPP, ikuti langkah-langkah berikut:
Tekan butang Menu
Tekan Menu Profil & Tetapan
Tekan bahagian Sistem
Skrol ke bahagian DHL dan masukkan maklumat di bahagian berkenaan
Tekan butang tiga titik atas kanan Menu
Tekan Menu Kemaskini Profil
Tekan butang OK
Untuk push order satu tempahan kepada DHL, tekan sini.
Untuk push order banyak tempahan kepada DHL, tekan sini.
Last updated