Sahkan Akaun Bizappay
Untuk memulakan penerimaan dan pengurusan pembayaran menggunakan Bizappay, anda perlu mengesahkan akaun Bizappay anda terlebih dahulu. Ini adalah standard KYC (Know Your Customer) yang digariskan oleh Bank Negara.
Untuk mengesahkan akaun Bizappay, ikuti langkah-langkah berikut:
Tekan ikon Bizappay di atas kanan Dashboard
Tekan Menu Bizappay (Pastikan anda telah mematikan Pop-Up Blocker)
Tekan butang HERE
Pilih jenis akaun. Pilih INDIVIDUAL/PERSON bagi perniagaan tidak berdaftar atau COMPANY/ORGANISATION bagi perniagaan atau persatuan berdaftar
Lengkapkan maklumat yang diminta
Masukkan lampiran dokumen yang diminta mengikut contoh yang ditunjukkan AKAUN JENIS INDIVIDUAL/PERSON - Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang - Penyata akaun bank yang terlihat Nama Bank, Nombor Akaun, Penama Akaun AKAUN JENIS COMPANY/ORGANISATION - Salinan SSM - Penyata akaun bank yang terlihat Nama Bank, Nombor Akaun, Penama Akaun
Bar menunjukkan akaun anda sedang diproses akan kelihatan di Dashboard utama Bizappay. Pengesahan akaun mengambil masa 3-5 hari bekerja. Jika akaun anda tidak disahakan dalam tempoh berkenaan, hubungi kami untuk tujuan pengesahan
Apabila akaun anda telah disahkan, bar biru akan hilang dan anda boleh lihat status VERIFIED dengan menekan bahagian SETTING
Stamp Verified dapat dilihat disini
Last updated