Data Jualan Harian
Last updated
Last updated
Anda boleh melihat rekod jualan harian mengikut tarikh yang anda inginkan. Rekod data jualan harian akan menunjukkan maklumat berikut:
Tarikh
Harga Jualan mengikut kaedah pembayaran (Manual atau FPX)
Harga Jualan keseluruhan (Manual + FPX)
Bilangan transaksi
Kos Penghantaran
Laporan dokumen mengandungi data jualan harian akan di muat turun, pastikan popup blocker anda telah dimatikan. Laporan ini tidak disimpan di bahagian rekod laporan (MyLaporan). Anda hanya boleh mendapatkannya dengan mengikuti langkah-langkah ini.
Untuk lihat Data Jualan Harian, ikuti langkah-langkah dibawah:
Tekan butang menu atas kiri
Skrol ke bawah dan tekan menu Muat Turun Laporan
Pilih Data Jualan
Tekan menu Data Jualan Harian
Pilih tarikh transaksi
Tekan butang Muat Turun
Tekan butang Tutup
Tekan butang OK. Pastikan popup blocker telah dimatikan. Dokumen akan dimuat turun secara automatik
Nama dokumen terpapar di atas