Kemaskini Produk Secara Bulk
Last updated
Last updated
Anda boleh kemaskini produk secara bulk (banyak).
Untuk kemaskini produk dengan banyak, ikuti langkah-langkah berikut:
Tekan butang Menu
Tekan Menu Produk
Tekan Produk Anda
Tekan Menu (tiga titik atas kanan)
Tekan Menu Tambah/Kemaskini Produk (Bulk)
Tekan Menu Muat Turun Template Data Produk
Tetapkan kriteria produk yang ingin dikemaskini [A] Kategori Produk Pilih kategori tertentu atau SEMUA PRODUK [B] Koleksi Produk Pilih koleksi tertentu atau SEMUA KOLEKSI [C] Status Produk Pilih status tertentu atau SEMUA
Pilih produk tertentu di senarai [E] atau tekan PILIH SEMUA dengan menekan [D]
Tekan butang Menu tiga titik atas kanan. Tekan menu Muat Turun ATAU skrol ke bawah dan tekan butang Muat Turun. Anda perlu membuka file template yang dimuat turun kedalam folder Download anda. Format file adalah dalam bentuk .csv, anda boleh buka menggunakan Excel ataupun software yang mempunyai fungsi yang sama.
Tekan butang OK
Untuk memastikan anda mengisi template dengan betul, klik dua kali pada petak berkenaan. Keterangan cara mengisi kolum akan dipaparkan. Isi template dengan maklumat produk baru mengikut keterangan yang diberikan. Pastikan anda menyemak sebelum menyimpan (SAVE) data berkenaan.
Column AA-AD ialah column URL gambar untuk dipaparkan pada setiap produk anda. Anda boleh masukkan URL gambar produk anda yang anda telah muat naik dimana-mana sumber terbuka (website). Anda tidak boleh menggunakan aplikasi tertutup seperti Google Drive.
Kembali ke bahagian Menu Tambah/Kemaskini Produk (Bulk) dan tekan menu Muat Naik Data Template.
Tekan butang Upload File dan pilih file yang telah disimpan tadi.
Pastikan butiran file adalah betul.
Biarkan tetapan SEKARANG untuk mengemaskini maklumat produk terus.
Tekan butang Muat Naik Data Produk.
Pop-up menunjukkan bilangan data yang dimasukkan akan dipaparkan. Lihat pada bilangan rekod baru, pastikan jumlah adalah sama dan tekan butang OK. Jika terdapat ERROR, betulkan kesilapan anda pada file, simpan file yang baru dan muat naik kembali. Tunggu sehingga produk anda berjaya dimasukkan
Pop-up pengesahan kemaskini produk dapat dilihat. Tekan butang OK