Bayar Komisen Pass-Up Bizappay
Anda boleh membuat pembayaran komisen menggunakan Bizappay. Anda beserta Agen/Tim anda perlu mendaftar, mengesahkan dan menyambung akaun Bizappay bersama BIZAPP untuk membolehkan pembayaran dan penerimaan komisen melalui Bizappay e-Wallet. Kaedah ini membolehkan agen/tim anda mendapatkan komisen pada hari bekerja berikutnya mengikut jadual settlement Bizappay. Pembayaran komisen menggunakan Bizappay (bukan eWallet) mengenakan cas settlement sebanyak RM0.50 per transasksi.
Untuk membayar komisen pass up menggunakan Bizappay, ikuti langkah-langkah berikut:
Tekan butang Menu
Tekan Menu Komisen Pass Up
Tekan Menu Proses Bayaran
Tekan permohonan yang ingin di proses pembayaran komisen pass up
Tekan butang tiga (3) titik menu atas kanan
Tekan menu Lulus Permohonan
Pilih kaedah pembayaran yang bersesuaian
Pastikan kaedah pembayaran komisen adalah Bizappay
Tekan butang Proses. Pastikan Popup Blocker telah dimatikan untuk membuka tab pembayaran Bizappay
Tab baru akan dibuka bagi pembayaran menggunakan Biappay
Pilih bank dan tekan butang Pay. Selesaikan pembayaran sehingga berjaya
Kaedah pembayaran dan maklumat pembayaran dapat dilihat dibahagian sini
Status pembayaran dapat dilihat di kotak berwarna pada hujung rekod permohonan
Bukti resit pembayaran komisen dapat dimuat turun dengan menekan butang ini
Last updated