Daftar Akaun BIZAPP
Untuk memulakan perniagaan anda, daftar akaun dengan memasukkan maklumat yang betul. Nombor telefon yang digunakan perlulah nombor telefon yang aktif dan boleh dihubungi.
Untuk mendaftarkan akaun BIZAPP, ikuti langkah-langkah berikut:
Layari www.bizapp.my
Pastikan Domain tertera mengikut Domain anda, Domain default pengguna ialah BIZAPP. Anda boleh menukar domain dengan menekan nama Domain dan memasukkan Domain yang berkenaan
Tekan butang DAFTAR
Pastikan Domain ialah betul
Isi maklumat dengan betul [A] Masukkan nama penuh anda atau pengurus akaun ini [B] Jika akaun ini adalah milik peribadi, masukkan nombor kad pengenalan anda. Jika akaun ini milik perniagaan, masukkan kad pengenalan pengurus akaun ini [C] Masukkan nombor telefon yang boleh dihubungi [D] Masukkan nama syarikat jika anda mendaftar untuk peniagaan [E] Masukkan nombor SSM syarikat [F] Pilih jenis syarikat [G] Pilih sektor perniagaan [H] Masukkan nombor telefon pejabat
Lengkapkan maklumat yang lain [I] Masukkan alamat surat menyurat bermula nombor bangunan [J] Masukkan alamat surat menyurat diikuti nama jalan [K] Masukkan alamat surat menyurat kawasan bandar dan daerah [L] Masukkan poskod yang bersesuaian [M] Pilih negeri [N] Pilih negera
Lengkapkan maklumat yang diinginkan [O] Masukkan emel [P] Pilih matawang [Q] Masukkan ID Facebook bersesuaian dengan nama page anda [R] Masukkan ID Instagram bersesuaian dengan nama akaun anda
Pilih ID pengguna [S] dan masukkan kata laluan [T]. Jika anda mengenali pengguna BIZAPP, masukkan ID BIZAPP mereka sebagai penaja. ID ini akan menentukan susur galur pengguna di BIZAPP
Semak Terma dan Syarat serta Notis PDPA dan tekan bulat setelah selesai sebagai tanda anda mempersetujui perkara-perkara yang telah dilampirkan di bahagian berkenaan
Tekan butang Daftar. Semak emel anda untuk pengesahan pendaftaran
Last updated