> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://bizapp.gitbook.io/tutorial/selamat-datang-hq-founder/modul-laporan/data-leads-link-whatsapp/leads-hp-nombor-agen.md).

# Leads HP Nombor Agen

Leads yang dikumpul dan diagihkan pada nombor agen anda mengikut tetapan di link Multi-WhatsApp boleh dilihat didalam BIZAPP dan dimuat turun senarainya dalam dokumen Excel.

Untuk dapatkan senarai nombor telefon yang ditujukan kepada nombor agen-agen yang anda pilih, ikuti langkah-langkah dibawah:

<div><figure><img src="/files/DmGUrGwyz8qWXsF9LYYL" alt=""><figcaption></figcaption></figure> <figure><img src="/files/tsadc2exyxqiUKgGPSmy" alt=""><figcaption></figcaption></figure></div>

1. Tekan butang menu atas kiri
2. Skrol ke bawah dan tekan menu Muat Turun Laporan
3. Tekan sub menu Data Prospek @Minishop&#x20;
4. Tekan pilihan No. HP Agen
5. Pilih tarikh yang anda inginkan

<div><figure><img src="/files/ELNNk3jLgOVRbOf4WJ2y" alt=""><figcaption></figcaption></figure> <figure><img src="/files/6VcBKjOdEKLGRTTXWzUR" alt=""><figcaption></figcaption></figure></div>

6. Tekan butang Muat Turun. Dokumen akan dimuat turun secara automatik
7. Nama dokumen terpapar di atas dokumen. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:\
   \[D] Senarai nombor telefon\
   \[E] Tarikh dan masa nombor disimpan\
   \[F] Tarikh dan masa nombor dihubungi direkodkan pada balasan pertama sekiranya nombor berikut menghantar pesanan terlebih dahulu\
   \[G] Tempoh masa yang diambil dari pesanan pertama dihantar sehingga pesanan tersebut dibalas\
   \[H] ID Agen yang menerima nombor telefon atau mendapat pesanan sekiranya nombor telah menghantar pesanan pertama\
   \[I] ID yang menghantar balasan pesanan pertama atau menghantar mesej pertama dengan menekan butang WhatsApp dari sistem BIZAPP (boleh jadi ID HQ atau ID Staf yang memiliki akses kepada senarai nombor leads)\
   \[N] Link WhatsApp yang merekodkan nombor telefon tersebut
